Makluman




  • Memuatnaik dokumen pengenalan


    Untuk  makluman,  semua  pelajar  UMCCed  yang  masih  dalam pengajian dikehendaki untuk memuat naik Dokumen Pengenalan (IC)  (bahagian  depan)  bagi  simpanan  rekod  UMCCed.  Hal  ini bertujuan   untuk   urusan   pentadbiran   &   semakan   maklumat peribadi  pelajar bagi tujuan rasmi UMCCed.

     

    Tempoh memuatnaik adalah seperti berikut:

     

    Bil

    Program

    Tarikh Mula Upload IC

    Tarikh Akhir Upload IC

    1

    Diploma

    23 Ogos 2019

    9 September 2019

    2

    Diploma Eksekutif

    27 September 2019

     

    1. Log masuk ke Student Portal
    2. Klik Icon Memuatnaik Dokumen


    Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  pelajar  tidak boleh login Student Portal selepas tempoh tersebut.

     

    Sebarang   pertanyaan   boleh   hubungi   Bahagian   Perkhidmatan Pelajar  di  talian  0322463378/3353/3374.  Kerjasama  dari  pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

  • Akses Berpusat ke UMSeLF, Portal Pelajar, Pendaftaran Kursus dan CTES


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

     

    Dimaklumkan bahawa akses ke sistem-sistem berikut:

     

    1) UMSeLF - umself.umcced.edu.my

    2) Portal Pelajar - student.umcced.edu.my
    3) Pendaftaran Kursus - register.umcced.edu.my

    adalah secara berpusat (centralized) di UMSeLF (Main System).


    Penambahbaikan fungsi login ini membolehkan pengguna hanya menggunakan satu (1) katalaluan (password) sahaja untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.

     

    Selain itu, terdapat fungsi penukaran katalaluan yang boleh dilaksanakan dihalaman UMSeLF - Rujuk langkah TUKAR katalaluan.

     

    Disamping itu juga, terdapat fungsi reset katalaluan jika pengguna menghadapi situasi terlupa katalaluan - Rujuk langkah RESET katalaluan.

     

     

    *PERINGATAN: Jika pengguna TUKAR atau RESET katalaluan, katalaluan yang baru akan berubah secara AUTOMATIK di keempat-empat sistem tersebut. Pengguna perlu menggunakan katalaluan yang baru untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.

     

    Jika pengguna menghadapi masalah untuk mengakses sistem-sistem tersebut, sila maklumkan kepada Koordinator Program masing-masing.

     

    Harap Maklum.

     

    Seksyen Teknologi Maklumat UMCCed

  • NOTIS LARANGAN MEROKOK (TERMASUK VAPE) DI KAWASAN PEJABAT UMCCED/WISMA R&D


    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


    Untuk makluman semua pelajar, pihak Pengurusan UMCCed ingin mengingatkan kepada semua Warga UMCCed bahawa Seluruh kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK berdasarkan seperti Notis Pekeliling seperti terlampir.

     

    2. Semua Staf (Akademik & Pelaksana) , Pelajar  atau mana-mana individu yang berurusan dengan pihak UMCCed/Bangunan Wisma R&D adalah dilarang dari menghisap rokok (Termasuk Vape) di kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D.

     

    3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik, Makmal atau tempat-tempat yang terselindung.  Jka masih berlaku pelanggaran arahan, pihak UMCCed dan Pejabat Keselamatan UM akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya.

     

    4. Kerjasama dan bantuan tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

     

    Sekian untuk makluman semua.

     

    Terima kasih.


    Muat Turun Notis Pekeliling  Larangan Merokok

  • PENGGUNAAN WIFI DI WISMA R&D UM & KAMPUS UTAMA UM


    Tuan/puan boleh mengakses UM-WIFI di Wisma R&D dan Kampus UM dengan menggunakan no.matriks sebagai username dan kata laluan adalah no.IC tanpa (-).

     

    Panduan Akses UM-WIFI

     

    Signal/SSID
    :
    UM-WIFI
    Username
    :
    No. Matriks (Huruf Kecil)
    Contoh : ufa123456
    Password
    :
    No. Kad Pengenalan (tanpa -)
    Contoh : 901212035562
         

    Sekiranya TIDAK BERJAYA untuk login ke sistem WIFI tersebut, mohon maklumkan kepada Pengurus Program melalui emel dengan menyatakan nama, no.matriks dan no. kad pengenalan untuk tindakan selanjutnya.



    Muat Turun Peraturan Wireless
  • PEMBAYARAN YURAN MELALUI PAY BILLS DI CIMB CLICKS


    PENTING!!!


    Perhatian kepada semua pelajar.

    Bermula September 2017, pelajar/ibubapa yang mempunyai akaun di CIMB Bank Bhd. boleh membuat pembayaran yuran melalui Pay Bills di CIMB Clicks.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat:

    1. Pilih pautan Pay Bills di CIMB Clicks

       

    2. Taip nama UMCCed

       

    3. Isi maklumat yang dikehendaki

       

    Pelajar/Ibubapa tidak perlu menyerahkan bukti pembayaran sekiranya menggunakan perkhidmatan Pay Bills di CIMB clicks kerana segala maklumat akan diterima oleh UMCCed secara dalam talian.


    Sehubungan itu, sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi BK UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647.


    Sekian terima kasih.

  • Makluman Keputusan Peperiksaan



    1. Makluman kepada pelajar Diploma yang telah menduduki peperiksaan pada 26 Ogos sehingga 30 Ogos 2019. Keputusan Peperiksaan Semester I, Sesi 2019/2020 boleh disemak melalui Portal Pelajar bermula pada 13 September 2019.




     

    Sekian
    Terima Kasih

     

  • Prosedur Pendaftaran Kursus Program Pengajian Diploma SEMESTER II, SESI 2019/2020


    PENDAFTARAN SECARA ONLINE (TEMPOH: 16 SEPTEMBER 2019 - 27 SEPTEMBER 2019)

    1. Di mana-mana tempat yang boleh akses internet.
    2. Kategori pelajar:
    3. Dibenarkan Mendaftar

      Tidak Dibenarkan Mendaftar

       

      Status “Aktif”

       

      • Berstatus “Tidak Aktif” seperti Gagal Keluar, Luput, Tamat Tempoh Pengajian dan Tindakan Tatatertib.
      • Berhutang dengan Universiti sehingga pada Semester I Sesi 2019/2020 dan/atau tidak mematuhi jadual pembayaran ansuran yang ditetapkan.

       

    4. Prosedur:
      1. Semak senarai penawaran kursus
      2. Semak jadual kelas
      3. Mendaftar
    5. Mana-mana pelajar yang gagal membuat pendaftaran kursus mengikut tempoh yang ditetapkan, caj pendaftaran lewat akan dikenakan sebanyak RM50.00.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Program Akademik (BPA) di talian 03-22463600.

  • MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN



    1. Makluman kepada pelajar Diploma Eksekutif (Ambilan 1017) yang telah menduduki peperiksaan pada 3 dan 4 Ogos 2019. Keputusan peperiksaan Semester 1, Sesi 2019/2020 boleh disemak melalui Portal Pelajar bermula pada 6 September 2019.



     

    Sekian
    Terima Kasih

     

  • PENGUMUMAN (PENDAFTARAN ONLINE) - SESI 2019/2020 SEM 2


    PERHATIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF
    AMBILAN 118

    PENDAFTARAN KURSUS SESI 2019/2020, SEMESTER 2

    TEMPOH SEMESTER : 24 OGOS 2019 HINGGA 1 DISEMBER 2019

     

    PERKARA

    TARIKH

    Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian

    23 Ogos 2019 hingga 9 September 2019

    Permohonan Pendaftaran Kursus Lewat (Dengan Caj RM50.00)

    10 September 2019 hingga 20 September 2019

     

     PERHATIAN:

     

    1. Caj pendaftaran lewat sebanyak RM50.00 akan dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang gagal membuat pendaftaran kursus secara atas talian mengikut tempoh yang ditetapkan.
    2. Kegagalan membuat pendaftaran kursus juga akan menyebabkan pelajar tidak dapat mencetak Slip Menduduki Peperiksaan.
    3. Untuk pendaftaran kursus secara atas talian:
      1. Pilih PAUTAN di portal pelajar (student.umcced.edu.my)
      2. Pilih Online Registration
      Untuk bantuan, pelajar boleh merujuk kepada user manual yang terdapat di paparan tersebut. Sila pastikan pelajar mendaftar kursus/kod kursus & kumpulan yang betul. Pastikan juga kursus yang didaftarkan tersebut direkodkan sebagai REGISTERED.
    4. Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua semester berturut-turut boleh mengakibatkan status pengajian pelajar diluputkan.

     

     

 


 

 Program

 

 Kampus

 

 Aktiviti

 

 Kalendar