KAUNSELING DAN RUNDINGCARA





Pengenalan

  • Unit Kaunseling dan Rundingcara diwujudkan untuk membantu pelajar mengenali dan perkasa potensi diri dengan menggunakan pendekatan kaunseling dan psikologi
  • Membantu menangani isu atau permasalahan yang wujud dalam kehidupan mereka.
  • Membantu meningkatkan kualiti diri daripada aspek kognitif, emosi dan tingkah laku

Perkhidmatan yang disediakan:


(a)  Kaunseling Individu

·         Membantu para pelajar mengenalpasti kemampuan diri berkaitan kehidupan di kampus dan sasaran akademik mereka. 

·         Akademik – meliputi teknik belajar, perancangan pembelajaran dan penyesuaian belajar

·         Keluarga – berkaitan hubungan kekeluargaan

·         Emosi – hubungan, tekanan diri, low self esteem

·         Tingkah Laku – seperti Obsessive Compulsif Disorder (OCD) iaitu mengulangi perbuatan sama berulang kali atau was-was.

 

(b)  Kaunseling Kerjaya

·         Maklumat Kerjaya (Laluan)

·         Pemilihan Kerjaya

·         Kemahiran perancangan kerjaya

·         Persediaan menghadapi temuduga

 

(c)  Inventori Psikologi

·         Inventori Personaliti

·         Inventori Minat Kerjaya

·         Inventori Kemahiran Belajar

·         Pengurusan Stress

 

Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi:

Bahagian Perkhidmatan Pelajar

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

03-22463378

saliha@um.edu.my