Pengumuman


Notis Kewangan


PENTING!!!


Perhatian kepada semua pelajar program Diploma Eksekutif:


  1. Tarikh peperiksaan adalah pada :
    • 19-20 Oktober 2019 (90 jam kredit - Ambilan 718, 818, 1118, 319 dan 519)
    • 17 November 2019 (60 jam kredit - Ambilan 118)

    Sila hubungi Bahagian Kewangan (BK) UMCCed untuk menyemak baki yuran pengajian kerana NOTIS PERINGATAN YURAN TERTUNGGAK TIDAK AKAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB pelajar untuk memastikan agar segala yuran tertunggak dijelaskan sebelum peperiksaan. Sila ambil perhatian sekiranya  yuran tidak dijelaskan mengikut  jadual yang ditetapkan, pelajar  akan DIHALANG daripada menduduki peperiksaan.

  2. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Khamis terakhir sebelum peperiksaan.

  3. Sila pastikan segala bukti pembayaran diserahkan kepada BK UMCCed samada melalui serahan tangan, melalui emel kepada liza_ab@um.edu.my atau whatsapp di talian 012-4067207 / 019-2757110.

  4. Bagi pelajar yang membuat pengeluaran KWSP, sila serahkan Notis Akuan Penerimaan KWSP melalui kaedah yang sama seperti di perenggan 2.

  5. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi BK UMCCed di talian 03-22463647/3649/3650.