PENTING!!!
Perhatian kepada semua pelajar UMCCed:
Lanjutan dari maklumat terkini mengenai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang akan dilaksanakan semula secara fizikal/bersemuka bermula 2 Julai 2022, Jabatan Pengurusan Kewangan UMCCed (JPK) ingin menarik perhatian kepada semua pelajar berhubung perkara berikut:
Program Diploma Eksekutif
i) hasnizahasim@um.edu.my / 011-40869579 - (UFA / UFH / UFK / UFL)
ii) mariah@um.edu.my / 011-40869581 - (UFB / UFC / UFF/ UFE)
iii) safiqah.najiha@um.edu.my / 011-40920427 - (UFD)
Program Diploma
i) shahidah@um.edu.my / 011-40869584 - (UDA / UDB - Kampus UMKL)
ii) adira92@um.edu.my / 011-40869582 - (UDC / UDE - Kampus UMKL)
iii) cynthia@um.edu.my / 011-40869583 - (UDA / UDB / UDC / UDE -
Kampus Luar KL)
Sekian. Terima kasih.
JPK, UMCCed
30 Jun 2022
NOTIS KEWANGAN
PENTING!!!
Perhatian kepada semua pelajar.
Bermula 1 Oktober 2019, pelajar/ibubapa boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara atas talian.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:
Pelajar/Ibubapa perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kewangan UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647/3649.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa akses ke sistem-sistem berikut:
adalah secara berpusat (centralized) di UMSeLF (Main System).
Penambahbaikan fungsi login ini membolehkan pengguna hanya menggunakan satu (1) katalaluan (password) sahaja untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.
Selain itu, terdapat fungsi penukaran katalaluan yang boleh dilaksanakan dihalaman UMSeLF - Rujuk langkah TUKAR katalaluan.
Disamping itu juga, terdapat fungsi reset katalaluan jika pengguna menghadapi situasi terlupa katalaluan - Rujuk langkah RESET katalaluan.
*PERINGATAN: Jika pengguna TUKAR atau RESET katalaluan, katalaluan yang baru akan berubah secara AUTOMATIK di keempat-empat sistem tersebut. Pengguna perlu menggunakan katalaluan yang baru untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.
Jika pengguna menghadapi masalah untuk mengakses sistem-sistem tersebut, sila maklumkan kepada Koordinator Program masing-masing.
Harap Maklum.
Bahagian Teknologi Maklumat UMCCed
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua pelajar, pihak Pengurusan UMCCed ingin mengingatkan kepada semua Warga UMCCed bahawa Seluruh kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK berdasarkan seperti Notis Pekeliling seperti terlampir.
2. Semua Staf (Akademik & Pelaksana) , Pelajar atau mana-mana individu yang berurusan dengan pihak UMCCed/Bangunan Wisma R&D adalah dilarang dari menghisap rokok (Termasuk Vape) di kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D.
3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik, Makmal atau tempat-tempat yang terselindung. Jka masih berlaku pelanggaran arahan, pihak UMCCed dan Pejabat Keselamatan UM akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya.
4. Kerjasama dan bantuan tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian untuk makluman semua.
Terima kasih.
Muat Turun Notis Pekeliling Larangan Merokok
Tuan/puan boleh mengakses UM-WIFI di Wisma R&D dan Kampus UM dengan menggunakan no.matriks sebagai username dan kata laluan adalah no.IC tanpa (-).
Panduan Akses UM-WIFI
Signal/SSID | : |
UM-WIFI |
Username | : |
No. Matriks (Huruf Kecil) Contoh : ufa123456 |
Password | : |
No. Kad Pengenalan (tanpa -) Contoh : 901212035562 |
Sekiranya TIDAK BERJAYA untuk login ke sistem WIFI tersebut, mohon maklumkan kepada Pengurus Program melalui emel dengan menyatakan nama, no.matriks dan no. kad pengenalan untuk tindakan selanjutnya.
PENTING!!!
Perhatian kepada semua pelajar.
Bermula September 2017, pelajar/ibubapa yang mempunyai akaun di CIMB Bank Bhd. boleh membuat pembayaran yuran melalui Pay Bills di CIMB Clicks.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat:
Pelajar/Ibubapa tidak perlu menyerahkan bukti pembayaran sekiranya menggunakan perkhidmatan Pay Bills di CIMB clicks kerana segala maklumat akan diterima oleh UMCCed secara dalam talian.
Sehubungan itu, sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi BK UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647.
Sekian terima kasih.
Makluman kepada pelajar Diploma yang telah menduduki Penilaian Sumatif pada 30 Mei 2022 hingga 8 Jun 2022. Keputusan peperiksaan Semester III, Sesi 2021/2022 boleh disemak melalui Portal Pelajar bermula 6 Julai 2022.
Mana-mana pelajar yang memperoleh gred gagal (C-, D+, D atau F) diminta mengisi Borang Perakuan Menduduki Peperiksaan Tambahan/Mengulang Kursus dan dikembalikan kepada Pengurus Program selewat-lewatnya pada 18 Julai 2022. Borang berkenaan boleh diperoleh melalui Portal Pelajar - Akademik - Borang - Borang Permohonan.
Peperiksaan Tambahan (PT) akan diadakan dalam tempoh empat (4) minggu selepas keputusan dimaklumkan. Pelajar diminta menyemak Portal Pelajar dari masa ke semasa bagi mendapatkan tarikh sebenar PT ini. Bagi pelajar yang memilih untuk mengulang kursus, tarikh kelas adalah tertakluk kepada penawaran kursus pada semester yang akan datang.
Bahagian Peperiksaan, UMCCed
6 Jul 2022
MAKLUMAN PENTING: PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN
KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA) 2021
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya
telah meluluskan:
Kaedah dan Peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma. Walau bagaimanapun, pelajar Sesi Kemasukan 2020/2021 dan sebelumnya akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian serta syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma) 2013.
Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma) 2021,
sila layari: student.umcced.edu.my
Melalui langkah berikut : Portal Pelajar > Akademik > Buku Kaedah & Peraturan
Sekian, harap maklum.
Jabatan Program Akademik (JPA)
10 September 2021