UMCCed Student Portal

 



 

 
 

Makluman




  • Selamat Menyambut Bulan Kaunseling 2021


     

     

    Sempena menyambut Bulan Kaunseling peringkat kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMCCed akan menganjurkan sambutan bulan kaunseling peringkat UMCCed dengan mengadakan perkongsian pelbagai topik berkaitan kaunseling dan kesihatan mental yang merangkumi topik semasa perkhidmatan kaunseling, depression, anxiety dan stress, personaliti diri dan rahsia ordinal kelahiran.

     

    Khusus untuk pelajar umcced yang menyertai setiap program disediakan slot kuiz dan hadiah wang tunai kepada pemenang disediakan. JANGAN LEPASKAN PELUANG untuk menimba pengetahuan berkaitan kaunseling dan kesihatan mental. 
     
     
     

    Betul ke pergi sesi kaunseling terus berubah? Kaunseling hanya untuk orang bermasalah je?? Dengarkan penjelasan lebih lanjut tentang perkhidmatan sesi kaunseling yang sebenar dan ketahui mitos-mitos yang wujud dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang sesi kaunseling.

     

    Jangan lupa daftar untuk mengikuti Coffee Talk With Counselor 8 Oktober 2021 ini

    Jangan lepas kan peluang ini..!!

    SILA SCAN QRCODE DI POSTER untuk menyertai program ini. Rebut peluang mendapatkan wang tunai RM50 X 10 orang yang Berjaya menjawab kuiz yang disediakan.

    Link Penyertaan : https://forms.gle/gagkocZ2GLmmHuMm9

     

     

     

    Stress dengan kejar deadline assignment? Tertekan dengan menjalani sesi kelas secara maya itu ? Risau dengan pencapaian diri dalam kelas? Adakah anda Suka memencilkan diri, berdiam dan tak mahu berkongsi masalah?

     

     

    Jangan risau, dengarkan perkongsian dari pakar Psikiatri berkaitan Depression, Anxiety & Stress dalam kalangan mahasiswa. Marilah bersama-sama mencegah sebelum parah.

     

    Jangan lepaskan peluang untuk rebut mengikuti perkongsian ini dengan klik link dibawah. Rebut peluang mendapatkan wang tunai RM50 X 10 orang yang Berjaya menjawab kuiz yang disediakan.

    Link Penyertaan : https://forms.gle/gagkocZ2GLmmHuMm9

  • PEMAKLUMAN TATACARA PENGENDALIAN PIAWAI (SOP) TAMBAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0


    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     

    Setelah mengambil kira pemakluman yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa COVID Universiti Malaya pada 10 dan 17 Mei 2021 berhubung Pematuhan Ketat Terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara bermula 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021, maka Jawatankuasa COVID-19 dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, (JKCOVID-19 BHEP) Universiti Malaya telah bersetuju mengambil tindakan kawalan tambahan untuk digunapakai oleh semua Kolej Kediaman dan Pusat/Jabatan/Unit di bawah BHEP sepanjang tempoh PKP 3.0. Sila rujuk lampiran untuk maklumat lebih lanjut.

     

    Lampiran - JK Covid_PKP3.0

     

     

    Sekian, terima kasih.

  • PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PENGELUARAN PENDIDIKAN MELALUI KWSP


    NOTIS KEWANGAN

    PENTING!!!
    Perhatian kepada semua pelajar.
    Bermula 1 Oktober 2019, pelajar/ibubapa boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP secara atas talian.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

    1. Pilih Log masuk sebagai ahli di portal KWSP.
    2. Pilih pautan Withdrawal dan klik New Application
    3. Isi maklumat pelajar bermula Step 1 hingga Step 6
    4. Sila pastikan pilihan nama institusi adalah UMCCED

     

    Pelajar/Ibubapa perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.
    Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kewangan UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647/3649.
    Sekian, terima kasih.

     

  • Memuatnaik dokumen pengenalan


    Untuk  makluman,  semua  pelajar  UMCCed  yang  masih  dalam pengajian dikehendaki untuk memuat naik Dokumen Pengenalan (IC)  (bahagian  depan)  bagi  simpanan  rekod  UMCCed.  Hal  ini bertujuan   untuk   urusan   pentadbiran   &   semakan   maklumat peribadi  pelajar bagi tujuan rasmi UMCCed.

     

    Tempoh memuatnaik adalah seperti berikut:

     

    Bil

    Program

    Tarikh Mula Upload IC

    Tarikh Akhir Upload IC

    1

    Diploma

    23 Ogos 2019

    9 September 2019

    2

    Diploma Eksekutif

    27 September 2019

     

    1. Log masuk ke Student Portal
    2. Klik Icon Memuatnaik Dokumen


    Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  pelajar  tidak boleh login Student Portal selepas tempoh tersebut.

     

    Sebarang   pertanyaan   boleh   hubungi   Bahagian   Perkhidmatan Pelajar  di  talian  0322463378/3353/3374.  Kerjasama  dari  pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

  • Akses Berpusat ke UMSeLF, Portal Pelajar, Pendaftaran Kursus dan CTES


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

     

    Dimaklumkan bahawa akses ke sistem-sistem berikut:

     

    1) UMSeLF - umself.umcced.edu.my

    2) Portal Pelajar - student.umcced.edu.my
    3) Pendaftaran Kursus - register.umcced.edu.my

    adalah secara berpusat (centralized) di UMSeLF (Main System).


    Penambahbaikan fungsi login ini membolehkan pengguna hanya menggunakan satu (1) katalaluan (password) sahaja untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.

     

    Selain itu, terdapat fungsi penukaran katalaluan yang boleh dilaksanakan dihalaman UMSeLF - Rujuk langkah TUKAR katalaluan.

     

    Disamping itu juga, terdapat fungsi reset katalaluan jika pengguna menghadapi situasi terlupa katalaluan - Rujuk langkah RESET katalaluan.

     

     

    *PERINGATAN: Jika pengguna TUKAR atau RESET katalaluan, katalaluan yang baru akan berubah secara AUTOMATIK di keempat-empat sistem tersebut. Pengguna perlu menggunakan katalaluan yang baru untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.

     

    Jika pengguna menghadapi masalah untuk mengakses sistem-sistem tersebut, sila maklumkan kepada Koordinator Program masing-masing.

     

    Harap Maklum.

     

    Seksyen Teknologi Maklumat UMCCed

  • NOTIS LARANGAN MEROKOK (TERMASUK VAPE) DI KAWASAN PEJABAT UMCCED/WISMA R&D


    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


    Untuk makluman semua pelajar, pihak Pengurusan UMCCed ingin mengingatkan kepada semua Warga UMCCed bahawa Seluruh kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK berdasarkan seperti Notis Pekeliling seperti terlampir.

     

    2. Semua Staf (Akademik & Pelaksana) , Pelajar  atau mana-mana individu yang berurusan dengan pihak UMCCed/Bangunan Wisma R&D adalah dilarang dari menghisap rokok (Termasuk Vape) di kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D.

     

    3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik, Makmal atau tempat-tempat yang terselindung.  Jka masih berlaku pelanggaran arahan, pihak UMCCed dan Pejabat Keselamatan UM akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya.

     

    4. Kerjasama dan bantuan tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

     

    Sekian untuk makluman semua.

     

    Terima kasih.


    Muat Turun Notis Pekeliling  Larangan Merokok

  • PENGGUNAAN WIFI DI WISMA R&D UM & KAMPUS UTAMA UM


    Tuan/puan boleh mengakses UM-WIFI di Wisma R&D dan Kampus UM dengan menggunakan no.matriks sebagai username dan kata laluan adalah no.IC tanpa (-).

     

    Panduan Akses UM-WIFI

     

    Signal/SSID
    :
    UM-WIFI
    Username
    :
    No. Matriks (Huruf Kecil)
    Contoh : ufa123456
    Password
    :
    No. Kad Pengenalan (tanpa -)
    Contoh : 901212035562
         

    Sekiranya TIDAK BERJAYA untuk login ke sistem WIFI tersebut, mohon maklumkan kepada Pengurus Program melalui emel dengan menyatakan nama, no.matriks dan no. kad pengenalan untuk tindakan selanjutnya.



    Muat Turun Peraturan Wireless
  • PEMBAYARAN YURAN MELALUI PAY BILLS DI CIMB CLICKS


    PENTING!!!


    Perhatian kepada semua pelajar.

    Bermula September 2017, pelajar/ibubapa yang mempunyai akaun di CIMB Bank Bhd. boleh membuat pembayaran yuran melalui Pay Bills di CIMB Clicks.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat:

    1. Pilih pautan Pay Bills di CIMB Clicks

       

    2. Taip nama UMCCed

       

    3. Isi maklumat yang dikehendaki

       

    Pelajar/Ibubapa tidak perlu menyerahkan bukti pembayaran sekiranya menggunakan perkhidmatan Pay Bills di CIMB clicks kerana segala maklumat akan diterima oleh UMCCed secara dalam talian.


    Sehubungan itu, sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi BK UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647.


    Sekian terima kasih.

  • MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIPLOMA SEMESTER I, SESI 2021/2022


    Makluman kepada pelajar Diploma yang telah menduduki Penilaian Sumatif pada 23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021. Keputusan peperiksaan Semester I, Sesi 2021/2022 boleh disemak melalui Portal Pelajar bermula 14 September 2021.

     

    Mana-mana pelajar yang memperoleh gred gagal (C-, D+, D  atau F) diminta mengisi Borang Perakuan Menduduki Peperiksaan Tambahan/Mengulang Kursus dan dikembalikan kepada Pengurus Program selewat-lewatnya pada 21 September 2021. Borang berkenaan boleh diperoleh melalui Portal Pelajar - Akademik - Borang - Borang Permohonan.

     

    Peperiksaan Tambahan (PT) akan diadakan dalam tempoh empat (4) minggu selepas keputusan dimaklumkan. Pelajar diminta menyemak Portal Pelajar dari masa ke semasa bagi mendapatkan tarikh sebenar PT ini. Bagi pelajar yang memilih untuk mengulang kursus, tarikh kelas adalah tertakluk kepada penawaran kursus pada semester yang akan datang.

  • PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA) 2021


    MAKLUMAN PENTING: PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN

    KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA) 2021

     

     

    Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya

    telah meluluskan:

    • Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma) 2021; dan
    • Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma) 2021

     

    Kaedah dan Peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma. Walau bagaimanapun, pelajar Sesi Kemasukan 2020/2021 dan sebelumnya akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian serta syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma) 2013.

     

    Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma) 2021,

    sila layari: student.umcced.edu.my

     

    Melalui langkah berikut : Portal Pelajar > Akademik > Buku Kaedah & Peraturan

     

    Sekian, harap maklum.

     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    10 September 2021

     

  • PEMAKLUMAN PENGECUALIAN YURAN PENGINAPAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2017/2018 & SESI 2018/2019


    Bermula 18 Mac 2020 iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara, UMCCed telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus. Rentetan dari itu, semua pelajar telah tidak menginap di MAHSA bermula dari Mac 2020.

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti MAHSA telah bersetuju untuk memberi pengecualian Yuran Penginapan sebanyak 40% kepada 237 orang pelajar UMCCed yang menginap di MAHSA Avenue pada Semester 3 Sesi 2019/2020.

     

    Namun begitu, bagi pelajar yang menginap (bermula Februari hingga Jun 2020) akan dikenakan caj Yuran Penginapan penuh iaitu berjumlah RM1,250.

     

    Jumlah keseluruhan pengecualian Yuran Penginapan bagi setiap pelajar Diploma Sesi 2017/2018 dan Sesi 2018/2019 adalah sebanyak RM500.00. Bagi pelajar yang telah membuat bayaran penuh, proses pemulangan yuran akan dibuat setelah UMCCed menerima maklumat lengkap akaun bank pelajar.

     

    Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Kewangan (JPK) di talian 03-2246 3646/3649 atau melalui e-mel kepada rahimah@um.edu.my.

     

    Terima kasih.

     

    Pejabat Pengarah

    UMCCed

     

    Dikeluarkan pada 16 Julai 2021.

  • PEMAKLUMAN PENGECUALIAN YURAN PENGINAPAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2019/2020


    Bermula 18 Mac 2020 iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara, UMCCed telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus. Rentetan dari itu, semua pelajar telah tidak menginap di MAHSA bermula dari Mac 2020.

     

    Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti MAHSA telah bersetuju untuk memberi pengecualian Yuran Penginapan sebanyak 40% kepada 296 orang pelajar UMCCed yang menginap di Kolej MAHSA pada Semester 3 Sesi 2019/2020 bagi tempoh bermula Februari hingga Jun 2020.

     

    Jumlah keseluruhan pengecualian Yuran Penginapan bagi setiap pelajar Diploma Sesi 2019/2020 adalah sebanyak RM500.00. Bagi pelajar yang membuat bayaran penuh penginapan tetapi masih mempunyai yuran pengajian yang tertunggak maka lebihan bayaran tersebut akan diambilkira sebagai bayaran yuran pengajian pelajar.

     

    Manakala bagi pelajar yang telah menyelesaikan keseluruhan yuran, proses pemulangan yuran akan dibuat setelah UMCCed menerima maklumat lengkap akaun bank pelajar.

     

    Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Kewangan (JPK) di talian 03-2246 3646/3649 atau melalui e-mel kepada rahimah@um.edu.my.

     

    Terima kasih.

     

    Pejabat Pengarah

    UMCCed

     

    Dikeluarkan pada 16 Julai 2021.

  • MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PROGRAM DIPLOMA


    PENGUMUMAN PENTING

    MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

    PROGRAM DIPLOMA

     

    Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Disember 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian sehingga Sesi 2021/2022, Semester II yang akan berakhir pada Februari 2022.

     

    Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

     

    Sekian, terima kasih.


     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    21 Mei 2021

     

  • MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN


    1. Makluman kepada pelajar Diploma Eksekutif yang telah menduduki peperiksaan Tambahan dan khas pada 31 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021. Keputusan peperiksaan Tambahan Semester 4T Sesi 2020/2021 dan 1T Sesi 2021/2022 boleh disemak  melalui Portal Pelajar bermula pada 13 Oktober 2021.


       
     
    Sekian
    Terima Kasih
  • PENGUMUMAN – PENDAFTARAN KURSUS


    PERHATIAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

    AMBILAN 1118, 319, 519, 919, 120, 720, 920, 221, 521 &1021

     

    PENDAFTARAN KURSUS SESI 2021/2022, SEMESTER 3

     

    TEMPOH SEMESTER : 23 OKTOBER 2021 HINGGA 2 JANUARI 2022

     

    PERKARA

    TARIKH

    Pendaftaran Kursus

    Secara Dalam Talian

    9 Oktober 2021 hingga 22 Oktober 2021

     

    PERHATIAN:

     

    1. Pelajar yang tidak menyelesaikan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan dihalang daripada mengakses UMSeLF dan boleh dihalang daripada mengikuti kursus berkenaan.

     

    1. Untuk pendaftaran kursus secara dalam talian:

     

    1. Pilih PAUTAN di portal pelajar (student.umcced.edu.my)
    2. Pilih Online Registration

     

    Untuk bantuan, pelajar boleh merujuk kepada user manual yang terdapat di paparan tersebut. Sila pastikan pelajar mendaftar kursus/kod kursus & kumpulan yang betul. Pastikan juga kursus yang didaftarkan tersebut direkodkan sebagai REGISTERED.

     

    1. Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran kursus bagi dua (2) semester berturut-turut akan mengakibatkan status pengajian pelajar diluputkan.

     

    Sekian, terima kasih.

     

     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    5 Oktober 2021

  • Pengisian CTES SESI 2021/2022, SEMESTER 2


    PERHATIAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA EKSEKUTIF

    AMBILAN 1118, 319, 519, 919, 120, 720,

    920, 221 & 521

    (SESI 2021/2022, SEMESTER 2)

     

     

    Semua pelajar program Diploma Eksekutif (Ambilan November 2018, Ambilan Mac 2019, Ambilan Mei 2019, Ambilan September 2019, Ambilan Januari 2020, Ambilan Julai 2020, Ambilan September 2020, Ambilan Februari 2021 dan Ambilan Mei 2021) diminta untuk mengisi Borang Penilaian Kursus (CTES) bermula pada 4 Oktober 2021 (Isnin) sehingga 3 November 2021 bagi kursus-kursus yang telah selesai diikuti pada Sesi 2021/2022, Semester 2 yang berakhir pada 3 Oktober 2021.

     

    Panduan untuk mengisi Borang Penilaian Kursus (CTES) adalah seperti berikut:

     

    1 . PANDUAN MENGISI CTES

    Cara 1:

    Layari laman web - https://ses.umcced.edu.my

     

    atau;

     

    Cara 2:

    Layari laman web portal pelajar di http://student.umcced.edu.my à Pautan à Student Evaluation System (SES)

     

    CARA LOGIN:

    No. pelajar  : no. matrik (huruf kecil)                     contoh: ufd170000

    Kata laluan  : no. kad pengenalan tanpa (-)**           contoh: 888888888888

    ** sama ada no. kad pengenalan atau kata laluan yang telah di reset/tukar

     

    Ikuti langkah seterusnya dan lengkapkan penilaian kursus bagi kesemua kursus yang telah diikuti pada semester berkenaan. 

     

    PERHATIAN: 

    Pelajar yang tidak mengisi penilaian CTES akan dihalang daripada melihat atau mencetak keputusan peperiksaan bagi Sesi 2021/2022, Semester 2 ini.

     

    Terima kasih. 

     

     

  • PINDAAN KEPADA KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020


    MAKLUMAN PENTING: PINDAAN KEPADA KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020

     

    Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya telah meluluskan pindaan kepada:

    • Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020; dan
    • Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020

     

    Pindaan peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma Eksekutif. Walau bagaimanapun, pelajar sebelum Ambilan Julai 2018 akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian, skim penggredan dan syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012.

     

    Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020, sila layari: student.umcced.edu.my

    Melalui langkah berikut : Portal Pelajar > Akademik > Buku Kaedah & Peraturan

     

    Sekian, harap maklum.

     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    10 September 2021

     

  • MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF


    PENGUMUMAN PENTING

    MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

    PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

     

    Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Disember 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian bagi Sesi 2021/2022, Semester 1,  Sesi 2021/2022, Semester 2 dan Sesi 2021/2022, Semester 3 yang akan bermula pada 29 Mei 2021 sehingga 2 Januari 2022.

     

    Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

     

    Sekian, terima kasih.


     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    21 Mei 2021

     

     

  • MAKLUMAN KEMUDAHAN RUJUKAN DIGITAL


    BAGI PROGRAM

    DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN SYARIAH (UFK) &

    DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN (UFL)

     

     

     

    Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain. Oleh yang demikian, bagi memudahkan pelajar bidang pengajian Islam mencapai rujukan digital, pelajar boleh melayari laman web berikut:

     

    https://al-maktaba.org/

     

    Segala maklumat yang ada di dalam laman web tersebut adalah untuk tujuan informasi sahaja.

     

    Sekian, terima kasih.

     

     

     

    Jabatan Program Akademik (JPA)

    8 Mac 2021

 


 

 Program

 

 Kampus

 

 Aktiviti

 

 Kalendar