Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu para pelajar dari segi akademik, peribadi, kerjaya dan perkembangan interpersonal melalui sesi kaunseling individu dan juga kelompok, ujian-ujian psikologi, bimbingan dan juga menganjurkan program-program perkembangan. Isu-isu pelajar seperti tekanan, krisis dan konflik atau masalah peribadi yang berkaitan dengan pengajian atau kehidupan di kampus adalah perkara yang lazimnya dialami oleh mereka.
Ringkasnya, kami menawarkan situasi yang selesa di mana hal-hal peribadi boleh dibincangkan dengan kaunselor-kaunselor profesional berdasarkan kod etika kerahsiaan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).
KESIHATAN MENTAL
Menurut Kementerian Kesihatan menjelang tahun 2020, satu daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar dalam kalangan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENOLONG DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN ? Selain mendapatkan nasihat professional, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri yang menghidap masalah mental.