Pengumuman


PEMBAYARAN YURAN MELALUI JOMPAY

 

 

Perhatian kepada semua pelajar.

Bermula Mei 2018, pelajar/ibubapa boleh membuat pembayaran yuran melalui JomPay di mana-mana perbankan internet.

 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat:

 

1)          Pilih pautan “JomPay“ dan isi maklumat yang dikehendaki.

 

 

2)          “Biller Code Name” akan tertera atas nama UMCCed.

3)          Sila pastikan maklumat adalah tepat sebelum pengesahan pembayaran dibuat.

 

 

Pelajar/Ibubapa tidak perlu menyerahkan bukti pembayaran sekiranya menggunakan perkhidmatan JomPay kerana maklumat bayaran akan diterima oleh UMCCed secara dalam talian.

 

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kewangan UMCCed di talian 03-22463644/3646/3647.

 

Sekian, terima kasih.