Pengumuman


NOTIS LARANGAN MEROKOK (TERMASUK VAPE) DI KAWASAN PEJABAT UMCCED/WISMA R&D

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman semua pelajar, pihak Pengurusan UMCCed ingin mengingatkan kepada semua Warga UMCCed bahawa Seluruh kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK berdasarkan seperti Notis Pekeliling seperti terlampir.

 

2. Semua Staf (Akademik & Pelaksana) , Pelajar  atau mana-mana individu yang berurusan dengan pihak UMCCed/Bangunan Wisma R&D adalah dilarang dari menghisap rokok (Termasuk Vape) di kawasan pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D.

 

3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis pejabat UMCCed/Bangunan Wisma R&D, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik, Makmal atau tempat-tempat yang terselindung.  Jka masih berlaku pelanggaran arahan, pihak UMCCed dan Pejabat Keselamatan UM akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya.

 

4. Kerjasama dan bantuan tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian untuk makluman semua.

 

Terima kasih.


Muat Turun Notis Pekeliling  Larangan Merokok