Pengumuman


MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, bermula 18 Mac 2020 yang lalu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka (kuliah) digantikan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (eLearning) dengan menggunakan platform UMSeLF/Email serta aplikasi dalam talian yang lain sehingga penghujung tahun 2020.

 

Ini bermakna, ia melibatkan pengajian bagi Sesi 2020/2021, Semester 1 dan Sesi 2020/2021, Semester 2 yang akan bermula pada 25 Julai 2020.

 

  • Peperiksaan akhir bagi kedua-dua sesi tersebut juga akan digantikan dengan Penilaian Alternatif seperti yang dilaksanakan bagi Sesi 2019/2020, Semester 4 ini.

  • Kalendar pengajian dan jadual kelas terkini boleh dirujuk di dalam portal ini.

  • Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.


Jabatan Program Akademik (JPA)
13 Mei 2020