Pengumuman


Notis Makluman Pindaan Kaedah & Peraturan Diploma Eksekutif



MAKLUMAN PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH DAN PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020

 

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya telah meluluskan:

  1. Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020
  2. Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020

 

Kaedah dan Peraturan ini berkuatkuasa dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma Eksekutif. Walau bagaimanapun, pelajar sebelum Ambilan Julai 2018 akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian, skim penggredan dan syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012.

 

Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020, sila layari: BUKU KAEDAH & PERATURAN

 

Sekian, harap maklum.

 

Jabatan Program Akademik (JPA)
7 Ogos 2020