Pengumuman


MAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN

 

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

NOTIS MAKLUMAN

Pelajar Diploma
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya

Saudara/i

MAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN    
                                                                                                                                               

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Seperti saudara/i sedia maklum, proses pembelajaran pelajar buat masa ini adalah secara dalam talian sehingga Disember 2020. Sehubungan dengan itu, berikut adalah panduan penghantaran dokumen perjanjian PTPTN untuk makluman semua:

Langkah 1: Cetakan Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan

  1. Sila cetak dokumen perjanjian yang mengandungi perkara berikut:
    1. Senarai semak dokumen
    2. Surat tawaran pinjaman pendidikan /pinjaman semula pendidikan
    3. Akuan penerimaan
    4. Surat kebenaran 1/2/3/4
    5. Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
    6. Dokumen Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan
    7. Lampiran A- Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan

  2. Pelajar perlu menyediakan Dua (2) set dokumen yang merangkumi perkara (b),(c), dan (d) di atas. Bagi perkara (a) dan (e) hanya satu set.

  3. Setiap cetakan dokumen tawaran mestilah menggunakan kertas putih bersaiz A4 dengan menggunakan satu muka untuk setiap satu (tidak dibenarkan cetakan double-sided). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.

Langkah 2: Penyediaan Setem Hasil

  1. Sediakan dua (2) keping setem hasil bernilai RM10.00. Setem hasil boleh diperolehi melalui kaedah berikut:
  2. Pembelian setem hasil di kaunter Pejabat Pos/LHDN, atau
  3. Pembelian secara online di portal LHDN

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan

  1. Hanya boleh menggunakan pen mata bulat (ball point) berdakwat hitam atau biru sahaja. Pastikan hanya satu warna pen digunakan.
  2. Setiap dokumen hendaklah ditulis tangan dan BERHURUF BESAR.
  3. Jika berlaku kesilapan semasa mengisi dokumen tawaran, pelajar perlu membuat garisan lurus dan menurunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan setiap pembetulan (penggunaan liquid paper adalah dilarang).
  4. Pelajar perlu menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan.
  5. Sila kosongkan ruangan tarikh serahan. Tarikh tersebut akan diisi oleh pegawai PTPTN.

Langkah 4: Tandatangan saksi

  1. Saksi hendaklah rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
  2. Individu yang layak menjadi saksi adalah seperti berikut:
    1. Wakil Rakyat/Senator
    2. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional
    3. Pengamal Undang-Undang
    4. Jaksa Pendamai
    5. Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja)
    6. Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim
    7. Pengerusi JKKK
    8. Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah (Untuk Sabah & Sarawak)
    9. Pegawai UMCCed

  3. Cop saksi hendaklah lengkap dan mempunyai nama, jawatan dan alamat pegawai bertugas.

Langkah 5: Serahan Dokumen Perjanjian

  1. Pelajar boleh menghantar dokumen perjanjian PTPTN ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan kediaman pelajar sebelum 21 Ogos 2020 (Jumaat), atau
  2. Menghantar dokumen perjanjian PTPTN kepada UMCCed sebelum 19 Ogos 2020. Penghantaran boleh dibuat kepada :

    Puan Nurul Husna Binti Hasmi
    Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMCCed
    Aras 7, Wisma R&D Universiti Malaya
    Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur
    (Serahan secara fizikal sahaja)


Sebarang pertanyaan lanjut saudara/i boleh menghubungi kami di talian seperti berikut:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang | Isnin-Jumaat (Tutup Pada Cuti Umum, Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 03-2246 3353 / 3496 | 019-626 7357

 

Sekian, harap maklum.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA