Pengumuman


ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA KE-60

Berikut adalah  pemakluman rasmi daripada UM berkaitan Istiadat Konvokesyen UM 2020.

 

Notis Permakluman UM bertarikh 07/10/2020

 

Dimaklumkan bahawa graduan UMCCed tidak perlu menggunakan Portal MAYA bagi tujuan pengemaskinian maklumat. Graduan diminta melengkapkan maklumat melalui pautan https://ekonvo.umcced.edu.my/login bagi tujuan pengemaskinian alamat semasa untuk penghantaran skrol dan transkrip bermula 17 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020. Sebagai makluman, pengambilan skrol dan transkrip secara bersemuka tidak akan dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pihak adalah terjamin.

 

Hantaran skrol dan transkrip hanya akan dilakukan dengan syarat graduan telah menyelesaikan yuran pengajian dan tiada hutang peminjaman buku dengan Universiti. Sila ambil maklum bahawa proses penghantaran telah dilakukan secara berperingkat bermula 6 November 2020.

 

Sekian,  harap maklum.

 

Jabatan  Hal Ehwal Pelajar
9  November 2020