Pengumuman


MAKLUMAN PENGHANTARAN TRANSKRIP DAN SIJIL

Perhatian kepada para graduan,

 

Dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan akan ditutup dari 28 Oktober hingga 9 November 2020 dengan mengambil kira arahan daripada Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya. Kami akan kembali beroperasi semula seperti biasa setelah PKPB ditamatkan.  Justeru itu, penghantaran skrol dan transkrip yang sepatutnya bermula pada 26 Oktober 2020 lalu telah DITANGGUHKAN di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. UMCCed ingin memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Proses penghantaran baharu akan dilakukan apabila UMCCed dibenarkan beroperasi secara normal.

 

Sebagai makluman tambahan, pengambilan skrol dan transkrip secara bersemuka tidak akan dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pihak adalah terjamin.

 

Graduan yang masih belum melengkapkan maklumat peribadi diminta berbuat demikian melalui pautan https://ekonvo.umcced.edu.my bagi tujuan pengemaskinian alamat semasa bagi penghantaran transkrip dan sijil. Tempoh pengemaskinian akan dilanjutkan sehingga 15 November 2020.

 

UMCCed amat berterima kasih di atas keprihatian dan kerjasama semua pihak dalam menangani penularan wabak Covid19. Sekali lagi pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Sekian, harap maklum.

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
4 November 2020