Pengumuman


MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

PENGUMUMAN PENTING

Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Mei 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian bagi Sesi 2020/2021, Semester 3 dan Sesi 2020/2021, Semester 4 yang akan bermula pada 2 Januari 2021.

 

Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

 

Sekian, terima kasih.


 

Jabatan Program Akademik (JPA)

22 Disember 2020