Pengumuman


MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

PENGUMUMAN PENTING

PROGRAM DIPLOMA

 

Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Jun 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian sehingga Sesi 2020/2021, Semester 3 yang akan berakhir pada Jun 2021.

 

Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

 

Sekian, terima kasih.


 

Jabatan Program Akademik (JPA)

22 Disember 2020