Pengumuman


MAKLUMAN PINDAAN KEPADA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti Malaya telah meluluskan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020. Pindaan peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma Eksekutif. Walau bagaimanapun, pelajar sebelum Ambilan Julai 2018 akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian, skim penggredan dan syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012.

 

Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020,

sila layari: BUKU KAEDAH & PERATURAN

 

Sekian, harap maklum.

 

Jabatan Program Akademik (JPA)

11 Januari 2021