Pengumuman


MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PROGRAM DIPLOMA

PENGUMUMAN PENTING

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

PROGRAM DIPLOMA

 

Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Disember 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian sehingga Sesi 2021/2022, Semester II yang akan berakhir pada Februari 2022.

 

Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

 

Sekian, terima kasih.


 

Jabatan Program Akademik (JPA)

21 Mei 2021