Pengumuman


MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

PENGUMUMAN PENTING

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

 

Dalam situasi semasa berikutan pandemik COVID-19 ketika ini, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah memutuskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (e-pembelajaran) dengan menggunakan platform UMSeLF/email serta aplikasi dalam talian yang lain akan diteruskan sehingga bulan Disember 2021. Ini bermakna, ia melibatkan pengajian bagi Sesi 2021/2022, Semester 1,  Sesi 2021/2022, Semester 2 dan Sesi 2021/2022, Semester 3 yang akan bermula pada 29 Mei 2021 sehingga 2 Januari 2022.

 

Maklumat berkaitan PdP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua pelajar diharap dapat memberikan perhatian terhadap perkembangan dan pengumuman terkini yang berkaitan.

 

Sekian, terima kasih.


 

Jabatan Program Akademik (JPA)

21 Mei 2021