Pengumuman


PEMAKLUMAN PENGECUALIAN YURAN PENGINAPAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2017/2018 & SESI 2018/2019

Bermula 18 Mac 2020 iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara, UMCCed telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus. Rentetan dari itu, semua pelajar telah tidak menginap di MAHSA bermula dari Mac 2020.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti MAHSA telah bersetuju untuk memberi pengecualian Yuran Penginapan sebanyak 40% kepada 237 orang pelajar UMCCed yang menginap di MAHSA Avenue pada Semester 3 Sesi 2019/2020.

 

Namun begitu, bagi pelajar yang menginap (bermula Februari hingga Jun 2020) akan dikenakan caj Yuran Penginapan penuh iaitu berjumlah RM1,250.

 

Jumlah keseluruhan pengecualian Yuran Penginapan bagi setiap pelajar Diploma Sesi 2017/2018 dan Sesi 2018/2019 adalah sebanyak RM500.00. Bagi pelajar yang telah membuat bayaran penuh, proses pemulangan yuran akan dibuat setelah UMCCed menerima maklumat lengkap akaun bank pelajar.

 

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Kewangan (JPK) di talian 03-2246 3646/3649 atau melalui e-mel kepada rahimah@um.edu.my.

 

Terima kasih.

 

Pejabat Pengarah

UMCCed

 

Dikeluarkan pada 16 Julai 2021.