Pengumuman


PEMAKLUMAN PENGECUALIAN YURAN PENGINAPAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2019/2020

Bermula 18 Mac 2020 iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara, UMCCed telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kampus. Rentetan dari itu, semua pelajar telah tidak menginap di MAHSA bermula dari Mac 2020.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Universiti MAHSA telah bersetuju untuk memberi pengecualian Yuran Penginapan sebanyak 40% kepada 296 orang pelajar UMCCed yang menginap di Kolej MAHSA pada Semester 3 Sesi 2019/2020 bagi tempoh bermula Februari hingga Jun 2020.

 

Jumlah keseluruhan pengecualian Yuran Penginapan bagi setiap pelajar Diploma Sesi 2019/2020 adalah sebanyak RM500.00. Bagi pelajar yang membuat bayaran penuh penginapan tetapi masih mempunyai yuran pengajian yang tertunggak maka lebihan bayaran tersebut akan diambilkira sebagai bayaran yuran pengajian pelajar.

 

Manakala bagi pelajar yang telah menyelesaikan keseluruhan yuran, proses pemulangan yuran akan dibuat setelah UMCCed menerima maklumat lengkap akaun bank pelajar.

 

Sekiranya terdapat pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Kewangan (JPK) di talian 03-2246 3646/3649 atau melalui e-mel kepada rahimah@um.edu.my.

 

Terima kasih.

 

Pejabat Pengarah

UMCCed

 

Dikeluarkan pada 16 Julai 2021.