Pengumuman


PINDAAN KEPADA KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020

 

MAKLUMAN PENTING: PINDAAN KEPADA KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA EKSEKUTIF) 2020

 

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya telah meluluskan pindaan kepada:

  • Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020; dan
  • Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020

 

Pindaan peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma Eksekutif. Walau bagaimanapun, pelajar sebelum Ambilan Julai 2018 akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian, skim penggredan dan syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012.

 

Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020, sila layari: student.umcced.edu.my

Melalui langkah berikut : Portal Pelajar > Akademik > Buku Kaedah & Peraturan

 

Sekian, harap maklum.

 

Jabatan Program Akademik (JPA)

10 September 2021