Pengumuman


PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA) 2021

 

MAKLUMAN PENTING: PENGUATKUASAAN DAN PEMAKAIAN

KAEDAH-KAEDAH & PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (DIPLOMA) 2021

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti dan Senat Universiti Malaya

telah meluluskan:

  • Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma) 2021; dan
  • Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma) 2021

 

Kaedah dan Peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan diterima pakai kepada semua pelajar program Diploma. Walau bagaimanapun, pelajar Sesi Kemasukan 2020/2021 dan sebelumnya akan terus tertakluk kepada peraturan tempoh dan struktur pengajian serta syarat gagal keluar seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma) 2013.

 

Untuk mengakses Kaedah dan Peraturan Universiti Malaya (Diploma) 2021,

sila layari: student.umcced.edu.my

 

Melalui langkah berikut : Portal Pelajar > Akademik > Buku Kaedah & Peraturan

 

Sekian, harap maklum.

 

Jabatan Program Akademik (JPA)

10 September 2021