Pengumuman


MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIPLOMA SEMESTER I, SESI 2021/2022

Makluman kepada pelajar Diploma yang telah menduduki Penilaian Sumatif pada 23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021. Keputusan peperiksaan Semester I, Sesi 2021/2022 boleh disemak melalui Portal Pelajar bermula 14 September 2021.

 

Mana-mana pelajar yang memperoleh gred gagal (C-, D+, D  atau F) diminta mengisi Borang Perakuan Menduduki Peperiksaan Tambahan/Mengulang Kursus dan dikembalikan kepada Pengurus Program selewat-lewatnya pada 21 September 2021. Borang berkenaan boleh diperoleh melalui Portal Pelajar - Akademik - Borang - Borang Permohonan.

 

Peperiksaan Tambahan (PT) akan diadakan dalam tempoh empat (4) minggu selepas keputusan dimaklumkan. Pelajar diminta menyemak Portal Pelajar dari masa ke semasa bagi mendapatkan tarikh sebenar PT ini. Bagi pelajar yang memilih untuk mengulang kursus, tarikh kelas adalah tertakluk kepada penawaran kursus pada semester yang akan datang.