Pengumuman


Selamat Menyambut Bulan Kaunseling 2021

 

 

Sempena menyambut Bulan Kaunseling peringkat kebangsaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMCCed akan menganjurkan sambutan bulan kaunseling peringkat UMCCed dengan mengadakan perkongsian pelbagai topik berkaitan kaunseling dan kesihatan mental yang merangkumi topik semasa perkhidmatan kaunseling, depression, anxiety dan stress, personaliti diri dan rahsia ordinal kelahiran.

 

Khusus untuk pelajar umcced yang menyertai setiap program disediakan slot kuiz dan hadiah wang tunai kepada pemenang disediakan. JANGAN LEPASKAN PELUANG untuk menimba pengetahuan berkaitan kaunseling dan kesihatan mental. 
 
 
 

Betul ke pergi sesi kaunseling terus berubah? Kaunseling hanya untuk orang bermasalah je?? Dengarkan penjelasan lebih lanjut tentang perkhidmatan sesi kaunseling yang sebenar dan ketahui mitos-mitos yang wujud dalam kalangan pelajar dan masyarakat tentang sesi kaunseling.

 

Jangan lupa daftar untuk mengikuti Coffee Talk With Counselor 8 Oktober 2021 ini

Jangan lepas kan peluang ini..!!

SILA SCAN QRCODE DI POSTER untuk menyertai program ini. Rebut peluang mendapatkan wang tunai RM50 X 10 orang yang Berjaya menjawab kuiz yang disediakan.

Link Penyertaan : https://forms.gle/gagkocZ2GLmmHuMm9

 

 

 

Stress dengan kejar deadline assignment? Tertekan dengan menjalani sesi kelas secara maya itu ? Risau dengan pencapaian diri dalam kelas? Adakah anda Suka memencilkan diri, berdiam dan tak mahu berkongsi masalah?

 

 

Jangan risau, dengarkan perkongsian dari pakar Psikiatri berkaitan Depression, Anxiety & Stress dalam kalangan mahasiswa. Marilah bersama-sama mencegah sebelum parah.

 

Jangan lepaskan peluang untuk rebut mengikuti perkongsian ini dengan klik link dibawah. Rebut peluang mendapatkan wang tunai RM50 X 10 orang yang Berjaya menjawab kuiz yang disediakan.

Link Penyertaan : https://forms.gle/gagkocZ2GLmmHuMm9