JABATAN HAL EHWAL PELAJAR PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA
NOTIS MAKLUMAN
Pelajar Diploma
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
Saudara/i
MAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Seperti saudara/i sedia maklum, proses pembelajaran pelajar buat masa ini adalah secara dalam talian sehingga Disember 2020. Sehubungan dengan itu, berikut adalah panduan penghantaran dokumen perjanjian PTPTN untuk makluman semua:
Langkah 1: Cetakan Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
Sila cetak dokumen perjanjian yang mengandungi perkara berikut:
Senarai semak dokumen
Surat tawaran pinjaman pendidikan /pinjaman semula pendidikan
Akuan penerimaan
Surat kebenaran 1/2/3/4
Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
Dokumen Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan
Lampiran A- Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan
Pelajar perlu menyediakan Dua (2) set dokumen yang merangkumi perkara (b),(c), dan (d) di atas. Bagi perkara (a) dan (e) hanya satu set.
Setiap cetakan dokumen tawaran mestilah menggunakan kertas putih bersaiz A4 dengan menggunakan satu muka untuk setiap satu (tidak dibenarkan cetakan double-sided). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.
Langkah 2: Penyediaan Setem Hasil
Sediakan dua (2) keping setem hasil bernilai RM10.00. Setem hasil boleh diperolehi melalui kaedah berikut:
Pembelian setem hasil di kaunter Pejabat Pos/LHDN, atau
Pembelian secara online di portal LHDN
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Dokumen Tawaran Pinjaman Pendidikan
Hanya boleh menggunakan pen mata bulat (ball point) berdakwat hitam atau biru sahaja. Pastikan hanya satu warna pen digunakan.
Setiap dokumen hendaklah ditulis tangan dan BERHURUF BESAR.
Jika berlaku kesilapan semasa mengisi dokumen tawaran, pelajar perlu membuat garisan lurus dan menurunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan setiap pembetulan (penggunaan liquid paper adalah dilarang).
Pelajar perlu menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan.
Sila kosongkan ruangan tarikh serahan. Tarikh tersebut akan diisi oleh pegawai PTPTN.
Langkah 4: Tandatangan saksi
Saksi hendaklah rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
Individu yang layak menjadi saksi adalah seperti berikut:
Wakil Rakyat/Senator
Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional
Pengamal Undang-Undang
Jaksa Pendamai
Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja)
Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim
Pengerusi JKKK
Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah (Untuk Sabah & Sarawak)
Pegawai UMCCed
Cop saksi hendaklah lengkap dan mempunyai nama, jawatan dan alamat pegawai bertugas.
Langkah 5: Serahan Dokumen Perjanjian
Pelajar boleh menghantar dokumen perjanjian PTPTN ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan kediaman pelajar sebelum 21 Ogos 2020 (Jumaat), atau
Menghantar dokumen perjanjian PTPTN kepada UMCCed sebelum 19 Ogos 2020. Penghantaran boleh dibuat kepada :
Puan Nurul Husna Binti Hasmi
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMCCed
Aras 7, Wisma R&D Universiti Malaya
Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur
(Serahan secara fizikal sahaja)
Sebarang pertanyaan lanjut saudara/i boleh menghubungi kami di talian seperti berikut:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 4.00 petang | Isnin-Jumaat (Tutup Pada Cuti Umum, Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 03-2246 3353 / 3496 | 019-626 7357
Sekian, harap maklum.
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA